Monday, June 30, 2014

Khatan


assalamualaikum,
 
hmmmm dah lama beno nak buat entry khatan syahmi dan syabil.. asyik bertangguh2.. nanti dah basi dan takde mood.. macam trip ke philipines dulu.. last2 malas dah nak buat entry huhu.. okla.. gambar di atas adalah suasana dan mode sebelum dikhatankan..1 jun 2014, jam 8pagi kami dah bertolak ke Masjid Kampung Baru.. dengarnya anak2 akan dikhatankan di Al-Islam Medical Centre, Kampung Baru, seberang jalan je dengan masjid tu.. syabil okey je nak khatan.. syahmi aje half-hearted dan banyak beno pertanyaannya.. kadang2 mati akal macamana nak explain soalan yang dia tanyakan...


sampai je kat AIMC, terus paking kat situ.. dan mencari dewan yang dimaksudkan kat Masjid tu. rupa-rupanya masjid tu sedang direnovate.. dan akhirnya urusetia inform majlis dan proses khatan akan diadakan dalam dewan itu juga.. dilaksanakan proses khatan oleh pakar-pakar dari Hosp Kuala Lumpur. oh ok! janji anak2 I selamat dikhatankan.. ramai juga peserta "Majlis Berkhatan Sempena Cuti Sekolah" anjuran UMNO Parlimen Titiwangsa dan juga PLUS..


menerima ciuman anak yang bakal transform jadi teruna.. dak syahmi tu nervous.. buat2 main game.. ishhh tak pastilah kenapa dia punye nervous kekadang melampau.. nak cek gigi pon macam kena dera.. menjerit-jerit mintak tolong.. adakah akan berulang untuk khatan pulak? jeng jeng jeng


YB Datuk Johari Abdul Ghani dan dif-dif kehormat menyerahkan cenderahati kepada anak2.. sonok sangatlah syahmi dapat RM50. terus beliau mereka-reka nak beli itu ini haishhh..


bergambar kenang-kenangan dengan rakan-rakan yang akan dikhatankan..


okey.. proses khatan untuk syabil tak lama.. dan syabil tak tantrum.. tak banyak Tanya.. tak banyak ragam.. rela kan ajer.. ayah meneman syabil.. cuma terjerit sakit time nak cucuk bius je kata ayahnya.. Alhamdulillah.. jam 11 pagi syabil dah selamat dikhatankan.. di manakah syahmi?
 
huhuhu.. I dok la ingat dia dah selamat dikhatankan... sebab syahmi punye nombor giliran;15, syabil no 16.. tapi, bila syabil dah abis khatan, I tak Nampak muka syahmi.. rupa-rupanya sedang ditenangkan oleh doctor kat situ.. doctor suruh syahmi duduk di satu sudut.. alahai anak..
 
I pon segeralah mendapatkan anak kesayangan... sedih nengok dia dok kesat airmata.. dia refused utk dikhatankan.. alamak, I mati akal dah time tu.. doctor yang ada kat situ consult husband I.. katanya whatever it is syahmi perlu dikhatankan hari ini.. kena pujuk dan tenangkan dia.. tak boleh nak paksa sebab nanti dia akan rasa sakit sebab keraskan badan..
 
husband and I pon dokla pujuk, psiko dia.. nasihat.. even parents kat situ pon sama-sama bagi semangat.. apatah lagi doctor.. setelah 3 kali turun naik katil.. selepas syahmi selesai solat zuhur secara Jemaah di masjid tu.. kali ke 4, terpaksalah doctor dan ayah pegang syahmi di atas katil tu..
 
aduhai.. sedih nengokkan syahmi.. adakah ini kerana susahnya I deliver syahmi dulu.. time deliver syabil mudah sangat.. huhu.. macam2 teka-teki seorang ibu.. memang kena paksalah kan sebab time tu dah dekat jam 3 ptg.. punyalah lama syahmi ambil masa.. I pon dah resah gelisah sebab belom habis study subjek statistic.. esok paginya final exam subjek tu.. ya Allah.. dalam hati macam2 doa.. moga Allah permudahkan.. stress rasanya time tu..
 
pada masa tu, syabil pon terjaga dan nak buang air.. alamak.. risaunya nak bagi dia kencing.. tapi husband kata okey je.. cuma cuci dengan air sikit2 kat penis...husband sedang tenangkan syahmi.. so, I take over uruskan syabil kecit... keluar je dari toilet I dah dengar laungan tangisan si syahmi... rasa macam nak menitik airmata bila dengar anak menangis mendayu-dayu.. mcm-mcm perkataan keluar dari mulut syahmi.. "tolong!!" "ibuuuu!".. huhuhu.. kuatkan hati je... ya Allah, permudahkanlah..
 
syabil pon dah mula sakit, sebab bius dah abis function kot.. I tenangkan dia dan bagi dia phone untuk main game..then, I kuatkan hati berada disebelah syahmi.. konon cuba tenangkan anak teruna.. ya Allah.. sepanjang2 proses khatan tu dia menangis.. merayu-rayu.. siannya anak ibu.. I bisik kat telinga dia " u have to go through this syahmi.. Allah sayang syahmi".. "sikit je lagi.. dah nak abis dah"... dah hujung2 time nak jahit tu.. tangisan syahmi dah mula slow.. penat agaknya.. mata terpejam, mulut je dok mengongoi..
 
bila selesai saja syahmi khatan.. ya Allah, rasa macam batu besar dialihkan dari kepala.. syukur Ya Allah.. terus balik dan bagi syahmi syabil berehat. begitu juga husband dan I.. lepas selesai uruskan anak3.. I bergegas pula berjumpa dengan study group...  moga Allah permudahkan segala urusan yang baik-baik untuk I... nanti I share tips2 nak jaga anak berkhatan ye...
 
semoga syahmi dan syabil menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat. aameenn..


Hari pertama memakai seluar.. selepas berkhatan..
 
 
ps: gambar proses syahmi berkhatan tak dapat dicapture kerana suasana kelam kabut.. huhu
 
 
 
posted from Bloggeroid

2 comments:

Cho Zila said...

macam2 kerenah anak2 yerk izza... takperler ini kenangan terindah dalam hdiup mereka.. dah besar nanti boelh jadi cerita...

izz said...

yela kak.. rasa stress juge.. tp bila tengok muka anak2 terus lega,,