Tuesday, May 21, 2013

syahmi.. you are always my baby boy..

salam alaik..

entry ini adalah kerana kes semalam... ibu ajar syahmi untuk hafaz ayat-ayat lazim yang perlu syahmi hafaz untuk ujian esok harinya... surah al-alaq buat syahmi confuse.. ibu pon tak pernah ada pengalaman ajar org buat hafazan.. jadinya pening juga ibu fikir macamana nak bagi syahmi tak confuse... alhamdulilah, akhirnya syahmi boleh hafal ... moga Allah terangkan hati anak ibu..

syahmi @ 3 days
 banyak gambar kali ni.. sbb ibu sebak sgt tengok syahmi menangis semalam.. tapi, ibu terpaksa berkeras supaya anak ibu boleh jadi penghafaz surah lazim tu... moga Allah permudahkan ye nak..

 syahmi @ 1 month ++

 1 year ++

 syahmi suka sgt robot dan blocks.. dia lebih terarah kepada robotics..

 with cousin sofea.. aidilfitri 2007

 2 years plus..

3 years.. sangat active dan explorer

 sayang ibu!

 playground 

 good boy! 

 tak suke pedas..

 dah 4 years... time for kindy!

 teman setia ibu... love!

 with kyra girl..

 with abyl boy!

 sayang adik... 

 happy time with kyra tinting!

 @ kenduri cukur jambul syabil..

 5 years... krista time!

 happy with friends..

 his graduation day... @ 6 years... proud of him!

 multi-tasker! hehehe

 yes.. books.. books.. bookss... pleaseee

 with kyra... vacation mode..

 USS spore... he enjoy!

@ 6 years... optimus prime in action... his idol!

 suke vacation... macam ibu!

 my baby boy...

 quality time with him... 

 siblings... love them all... syukur ya Allah..

 he loves swimming and snorkling... KK vacation..

 with abyl naughty boy... brunei trip..

 my sweethearts... alhamdulillah..

 syahmi @ 7 years... big boy dah! sobsss

 Al-Amin boy... alhamdulillah.. matlamat ayah dan ibu jelas.. moga syahmi menjadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat dan kalau Allah izinkan moga menjadi penghafaz Al-Quran... bawa ayah ibu masuk ke syurga sama2 ye... 

 additional skill... silat gayong... syahmi suka!

 alhamdulillah, syahmi suka bersekolah di Al-Amin, cikgu, ustaz, ustazah bagus2 dan lemah lembut dalam mencurahkan ilmu kepada aulad dan banat.. syukur kerana Allah permudahkan... 

syukur juga, berkat menghantar ke kelas iqra' dan belajar solat selain belajar di Al-Amin, syahmi dah boleh solat sendiri dan bacaan solat pon dah boleh hafal.. adalah bunyi pelik sikit dalam bacaan.. insya Allah, ibu dan ayah doakan moga syahmi terus perbetulkan mana yang tidak betul .. 

Alhamdulillah juga syahmi tak tinggal solat 5 waktu... dengan pemantauan org sekeliling... subuh pon senang je syahmi bangun.. tahun lepas, syahmi berjaya puasa penuh sebulan... syukur sangat, moga tahun ni pon syahmi berjaya juga ye..  mudahan Allah permudahkan urusan membentuk anak soleh solehah kpd kami.. 

ibu sayang syahmi sangat! walaupon ibu kadang kala garang, itu hanyalah sebab ibu sayang syahmi... dan seboleh mungkin sebelum syahmi tidur, ibu akan pastikan syahmi ceria semula dan tidak menaruh perasaan marah atau dendam dgn ibu kerana marah2 syahmi.. ini petua dan nasihat Dato' hj Fadilah Kamsah... 

love u Muhammad Syahmi Izzriq.. you are always my baby boy.. forever.. thank you Allah!

mutiara kata untuk hati..

salam alaik..

suke sgt dok google-ed mutiara kata macam ni sekarang.. tenang dan bahagia rasa hati... 












Monday, May 20, 2013

study kerana Allah swt :)

salam alaik..

i nak share satu sumber inspirasi.. untuk sahabat2 yang masih menuntut ilmu macam i.. moga bermanfaat :) jazakallah kpd blog ini dan iluvislam.com



Mungkin jarang antara kita yang tidak tahu tips-tips belajar daripada 'salafus soleh' terdahulu. Semua tahu bukan apa itu berkat?

Sesuatu yang tidak boleh dilihat, tetapi dengan berkat itu, kita boleh berasa tenang dan bahagia sentiasa walaupun separuh dunia berada di bahu kita.


TIPS BELAJAR

1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.

Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.

Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.

Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.

Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.

Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.

Apaila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.

Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.

.............................................................

Kesimpulannya, selamat beramal. Cubalah praktis tips belajar ini, matlamat kita bukanlah cemerlang dalam belajar semata, tetapi kita juga mahu keberkatan daripada Allah S.W.T. Ihfazillah yahfazka, ihfazillah tajidhu tijaahak (Jagalah Allah, nescaya Allah menjagamu).

Jadilah seperti Rasulullah S.A.W dan para sahabat yang hidupnya seimbang dunia akhirat, walaupun sibuk di medan perang dan sibuk mentadbir negara. Mereka lagi sibuk daripada kita, tetapi masih ada waktu untuk bangun tahajjud dan membaca al-Quran.

Buat pemburu dunia, jangan pula kita memberi alasan, mereka tidak sama macam kita, Iman mereka mantap kerana Rasulullah S.A.W ada di sisi. Kita tidak sehebat mereka. Andai itulah pemikiran kita, percayalah, selamanya kita akan menunduk ke bawah tanpa mendongak langit yang cerah di atas