Monday, July 21, 2014

Tips khatan anak

assalamualaikum..
 
hari ni dah 23 Ramadhan.. ya Allah, takde gesaan langsung nak update blog ni... hehehe agaknya busy sangat dgn chores sempena Ramadhan Al Mubarak ni.. yelah.. dengan kerja... pening nak masak apa untuk berbuka... pantau anak seperti biasa... solat terawikh dan tadabur Al Quran kareem..
 
okey.. konon nak share tips untuk ibu2 menghadapi anak-anak yang akan bersunat dan telah disunatkan.. ini apa yg terbit dari hati dan juga apa yang dialami ye.. probably berlainan tips I ni dengan parents yang lain.. hehehe
 
sebelum khatan :
1.elakkan anak mendengar atau melihat sesuatu yang menakutkan anak untuk dikhatankan.. contohnya pengalaman kawan-kawan yang telah berkhatan iaitu yang menakut-nakutkan.. ini akan menyebabkan anak rasa takut dan enggan disunatkan.. kes syahmi lah ni... banyak sangat sumber dia nak explore.. Tanya sana sini.. haishh
 
2. pujuk anak dengan kata-kata positif.. I selalu guna ayat yang melibatkan tanggungjawab sebagai umat islam.. "bukan ibu suruh awak khatan sayang.. Allah suruh sebab khatan tu dapat buang kulit yang tak elok kat hujung tu.. untuk kesihatan orang lelaki" .. sebenarnya berbakul-bakul lagi ayat2 pujuk tapi memang syahmi dah set dalam minda kot.. TAKUT.. syabil tak explore apa2.. so, dia just go with it... huhu
 
3.lakukan survey berkenaan tempat khatan, siapa yang khatankan dan juga bayaran..
 
4. semasa proses khatan berlaku.. banyakkan doa... kalo kes macam incik syahmi, memang kerja lebih keras lah kan... drama air mata... usaha dan tawakal..
 
 
selepas khatan
1.anak biasanya tidak dimandikan dalam 2-3 hari.. I lap2 je badan anak2..
 
2.orang tua-tua kata jangan bagi banyak minum air.. untuk elakkan anak2 fobia untuk buang air kecil..
 
3.makanan untuk anak-anak seperti orang bersalin... tak boleh yang gatal-gatal macam udang, telur dan ayam... I dan mak masak bubur nasi untuk anak2..
 
4.minuman berais memang tak digalakkan 7 hari pertama.
 
5.make sure ubat tahan sakit dibekalkan.. sebab lepas bius hilang kesan, anak2 akan merengek sakit...
 
6.hari ke 4 boleh la dimandikan anak2.. maid I mandikan anak2 dengan menutup private part anak2 dengan cawan... kalau tak mandi buat jangkamasa yang lama risau anak2 demam pulak..
 
7. masa yang diambil untuk sembuh adalah 7-14 hari.. syahmi lama sikit dari syabil sebab proses yang dia lalui agak sukar akibat dari tiada kerjasama semasa proses khatan.. syahmi banyak sangat gerak.. so, jahitan pon agak banyak... *sigh*
 
itu je kot tips dari saya.. lain anak, of course lain cabaran dan dugaan.. begitu juga denga parents.. we do our level best for our kids.. the rest .. its in Allah's hand... take care all..
 
p/s : tengah cari mood nak update pasal puasa 3S hehehe..
 
 
posted from Bloggeroid

No comments: