Sunday, July 26, 2015

34 weeks

assalamualaikum...
 
blog ibu dah jadi macam milestone diary untuk baby bella. masih dalam mood syawal tapi ibu takde mood nak update pasal raya.. kat facebook pon ada beberapa keeping je pics syawal. agaknya sebab suasana raya tak terasa sangat tahun ni. maklumla ibu kan agak sarat, so persiapan pon tak mcm selalu.. ibu tak kisah pon sebenarnya cuma tak banyak rumah saudara mara dan sahabat handai yang diziarahi.. hanya 5-6 buah gitu je yang di ziarah. open house pon ibu pergi kalau badan rasa larat..
 
 okey.. approaching 34 weeks.. macam2 perasaan. nervous, tak sabar, happy semua ada... tapi yang paling merisaukan ibu adalah bella nak keluar time dekat sangat dengan final exam ibu. final exam dijangka 1-4 September... due date bella 11 September.. ibu dok doa moga Allah permudahkan urusan kita.. samada bella keluar awal 2 minggu sebelum final, sebab lps 2 minggu selalunya condition ibu dah kuat sikit.. atau please keluar selepas final... hehehehe.. kalo ikutkan ibu dah tak larat.. doa sangat moga sayang ibu keluar awal.. melalui pembacaan, 36 weeks dah matang dah baby dalam womb.. setiap solat ibu doa juga.. moga bella keluar awal dan 36 weeks ke... itu pun kalau bella dah matang... in shaa Allah.... Allah swt juga lah Yang Maha Mengetahui.. ibu sekadar berdoa dan merancang.. namun tentulah Allah yang tentukan..
geram bila tengok dua pics tu.. montok je Nampak.. bila bella aktif gerak2 dalam womb pon ibu terasa tak sabar nak peluk dan susukan bella... semoga bella sihat, sempurna, selamat dilahirkan nanti.. nervous nak masuk labour room memang dah terasa... tapi kuatkan hati dan doa banyak2.. semoga masuk je labour room terus bella nak keluar.. tak perlu berlama-lama dalam labour room... ayah, abang, kakak pon dah tak sabar nak jumpa bella... terutamanya abang syabil.. hehehe...

till then, itu je ibu nak share kat sini.. semoga urusan bersalin kan bella dan final exam ibu Allah permudahkan.. runsing juga bila fikir... ada juga ibu plan nak buat majlis aqiqah bella time raya haji nanti.. in shaa Allah.. kita sembang kemudian ye.. wassalam.

No comments: