Wednesday, December 3, 2014

syabil & isu kencing malam

assalamualaikum..
 
ya Allah, lama betul tak update blog. sejak pindah ke office baru, note buat hal, dan note tab pulak tak abis explore lagi.. di tambah lagi dengan hiruk pikuk study.. mmg tak rasa dan tak sempat nak update blog ni walau terkadang terasa nak update.. hehehe.. panjang mukadimah ahkak..
 
 okey2. hari ni macam nak share pengalaman macamana handle masalah kencing malam si syabil sayang.. last October syabil dah 5 thn genap.. next year turn to 6.. runsing juga memikirkan kenapa syabil belum bersedia diaperless.. ikut pengalaman syahmi dan syaqira. cecah umur 3 tahun dah tak runsing fikir masalah ni. tak sampai seminggu monitor dah tak perlu pakai diapers waktu malam. kata orang, kalau diapers kering atau sangat sikit kencing nya, maka dah bersedialah tu..

tapi, syabil masih penuh kencingnya walau dah berumur 5 tahun. tidur siang pon kadang tu terkencing juga. kat nursery pon kadang tu cikgu bagitau syabil terrr juga. sian dia, macam malu je dia bila cikgu ngadu kat ibu. makanya, ibu yang runsing ni pon google, buat reading dan search info dan petua. ibu beri syabil madu kelulut pon nampknya tiada kesan. ibu dah cuba cara psikologi pon kadang berkesan tapi 80% tak menjadi. mungkin sebab syabil paling kecil dan tentulah dia manja. ibu pon silap sebab selalu panggil syabil " kecik ibu", "baby ibu" walaupon syabil dan 5 tahun. jadi, mungkin syabil selesa berdiapers dengan mengatakan dirinya masih kecil. :( it is my bad.. so, from that time, ibu cuba elak panggil nama2 manja tu. ayah kata , it is time to have 4th baby huhu..
 
dalam masa yang sama, syabil ada masalah kerap timbul bisul diseluruh badan especially kat montot dia. mula-mula ingat biasa je. tapi, lately makin menjadi-jadi pula bisul tu timbul. kesian tengokkan. ibu pon bawak syabil ke klinik kesihatan kg pandan. selepas diperiksa, doktor mendapati liang roma kerap berpeluh dan memakai diapers waktu malam adalah punca masalah syabil ada bisul.
 
doctor nasihatkan syabil personally, hehehe comel je. doktor kata "abang, abang jangan pakai pampers lagi lah malam-malam ye, nanti lagi banyak bisul tumbuh. abang kan dah besar" syabil yang penuh kusyuk mendengar terus angguk.
 
malam tu, terus dia bertegas tak nak pakai diapers. siap mentioned doktor tak bagi. geli hati pon ada. tapi syukur sangat dalam doa. nervous juga nak tunggu hasilnya. dok terpandang bundle diaperspants yang banyak lagi bakinya. dah berkira-kira nak bagi siapa.. hehehe.. Alhamdulillah, malam tu ibu dan ayah gilir2 kejutkan syabil 2-3 jam sekali untuk kencing. malam kedua syabil terbabas sikit sebab ayahnya sian nengok syabil ngantuk sgt. malam tadi Alhamdulillah berjaya. ibu bangunkan syabil sekali je.. syabil pon happy dan bangga announce kat kawan2 dan abang kakak dia dah tak pakai diapers..
 
Alhamdulillah, syukran. syabas syabil izzriq!!

1 comment:

Yong Is My Name said...

so cute syabil..
mabrook syabil.. you did it!