Thursday, November 28, 2013

what is in my mind..

salam alaik..
 
hmm hmm hmmm.. target kerja hari ini 80% telah diselesaikan... syukur sangat ada pembantu yang tak banyak songeh dan helpful.. Alhamdulillah.. banyak sangat membantu meringankan beban kerja..
 
 okey2.. selain kerja hakiki, EXAM menjadi semacam nightmare.. hahaha.. teruk sangat perumpamaan tu ye.. hehehe.. sebenarnya dok berfikir-fikir exam untuk semester 3 ni... semacam tak prepare lagi.. memang hajat dihati nak study tapi bila sampai je di rumah.. selalunya tidak kesampaian.. kat office pon dok berangan juga nak buat homework tapi tak dapatlah nak tumpu sepenuhnya kan... 31hb Disember ni bermula lah minggu exam... 23-27hb  Disember cadangnya nak bercuti panjang di kampong halaman.. dalam masa yang sama kena pulun subjek math engineering 2 la pulak.. sebab dijangka paper berkenaan adalah paper pertama seperti biasa... berusahalah!

dalam masa yang sama juga dah tak sabar nak bercuti dengan family... lima beranak fly ke Langkawi in shaa Allah selepas minggu exam.. 17hb Januari 2014.. huhu... berjalan lancar perancangan I buat masa ni.. dah booked hotel untuk 4 hari percutian.. cuma nak confirm dengan penyewa kereta je lagi... minta dia hantar kereta ke airport.. senang sikit sebab travel dgn 3 org anak ni agak memerlukan kesabaran tinggi.. harapnya cuti encik suami diluluskan oleh majikan nya.. memandangkan 15hb Januari tu adalah hari penentuan untuk encik suami.. penentuan apa? hehehe nanti-nanti I akan cerita disini.. doakan kesejahteraan kami ye... till then.. :)

No comments: