Thursday, October 17, 2013

macam-macam

salam alaik

yes.. macam-macam dalam kepala seperti biasa.. hehehe.. jam dah 1.21pagi.. tapi masih belum tidur... macam biasa.. quality time dengan kids.. guide syahmi buat latihan sikit since dah hampir seminggu dia demam chicken pox. risau juga sebab lama sangat cuti.. same goes to kyra.. ada la buat sikit latihan dan arts kegemaran dia.. nak benarkan ke sekolab, kesian pulak kot nanti berjangkit ke kawan-kawan pulak.. lepas tu sapu cream vitamin E di tempat yang berparut supaya cepat hilang parutnya.. sembang2 sambil usap.. sampai 3s tidur.. sambil usap2.. bagi kata2 nasihat...yelah.. i bukan ibu yang sempurna.. kadang tersilap langkah juga...


ini gambar tadi... dinner hari ni encik husband tolong prepare sandwich dengan patty burger ayam ramly untuk anak3.. i is perut meragam sejak aidil adha.. gamaknya banyak sgt mkn rendang.. lepas bapa mertua i discharge dari IJN pada petang hari raya haji tu, FIL dan MIL serta adik2 ipar datang ke rumah untuk berehat.. rupa2nya masing2 ada bawa bekalan raya.. buka semua termasuk yang i masak.. penuh meja makan 8 seater.. syukur alhamdulillah..

esoknya, masing2 keluar masuk toilet.. heehehe.. gambar2 raya encik husband yang banyak snap.. kalau rajin nanti i minta husband wassap dan share di blog kesayangan ni :)

gambar di atas tu, gambar tadi.. i attend majlis penyerahan watikah perlantikan umno bahagian titiwangsa.. sabtu ni i dan sahabat2 akan ke PWTC untuk mengundi pimpinan tertinggi umno malaysia pula... huhuhu.. harapnya tak kacau masa class sebab dijangka bermula pagi di PWTC.. sabtu ni ada ujian untuk mekanikal.. ahad pula ujian untuk elektrikal dan programming... caiyok!! baru study sikit part elektrikal tadi..

okeyla buat masa ni.. di office pon busy sebab boss i yang handle projek hospital kangar tu accident pulak seminggu yang lalu.. insya Allah isnin selasa depan i ke site projek di penang boleh lah singgah melawat beliau... till then.. assalamualaikum..

#mohon Allah beri pertolongan untuk.dipermudahkan urusan i dan husband mendidik.syahmi syaqira syabil... supaya dapatlah mereka menjadi anak yang baik, soleh solehah, berjaya dunia dan akhirat.. sebab kadang tu hilang sabar juga kan... mudah2an.. aameen.
posted from Bloggeroid

No comments: