Thursday, April 3, 2014

anak cemerlang..

assalamualaikum..
 
lama tak update ye.. sebab rasanya mcm takde perkara menarik yang nak di update kan.. hehehe.. mood update tiada.. kali ni just nak share kebimbangan I sebagai ibu.. rasanya ada juga ibu lain yang sama perasaannya dengan I.. nak luahkan apa yang I rasa, pandangan I.. nanti jika syahmi dah besar, syahmi baca blog ibu ni.. ibu harap syahmi faham, ibu telah dan cuba melakukan yang terbaik sedaya upaya ibu. dan semampu ibu ayah.. dalam membesarkan syahmi supaya menjadi anak yang cemerlang di dunia dan akhirat...
 
 semua parents pasti mahukan segala yang terbaik untuk anak.. begitu juga ibu ayah.. tapi, kadang-kadang ada juga keterbatasan yang menghalang.. berbaik sangka dengan Maha Pencipta, ibu ayah merasakan pasti ada hikmah disebaliknya. semasa di Al-Amin, ibu dapati syahmi agak lemah mata pelajaran agama.. terutamanya jawi dan arab.. hafazan Alhamdulillah ada peningkatan yg agak ketara.. kerana matapelajaran kebangsaan syahmi agak cemerlang... ibu ayah ambil keputusan supaya menukarkan syahmi ke sekolah kebangsaan, sekolah petang ke sekolah rendah agama,SRAdengan harapan syahmi dpt ke tuisyen untuk mantapkan matapelajaran SRA

 bila masuk ke sekolah kebangsaan pula, ibu dapat tengok syahmi tak focus dengan pembelajaran.. ibu memang sedia tahu itu adalah kelemahan syahmi sejak di krista.. tapi masih tidak effect sangat dengan pelajaran.. sebagai bukti subjek kebangsaan di Al-Amin, syahmi dpt 'A' .. hanya matematik sahaja B... ibu berasa sedih juga. bertanya dalam diri apa masalah syahmi.. sehingga jika ada homework pon syahmi tak tanda mukasurat.. dan bila ditanya, sering memberikan jawapan 'takde homework'... syahmi tak sesuai dengan persekitaran ke? bila Tanya syahmi kata syahmi suka SKTM..
 something need to be done.. ibu berjumpa personally dengan cikgu shahrul dan juga cikgu sharifah.. bertanyakan apa masalah syahmi dalam class.. same answer " syahmi tak focus dalam class" luluh perasaan ibu ni... nampaknya matapelajaran Bahasa Malaysia perlu guide yang serius dari ibu.. mathematic so far okey kata cikgu shahrul.. cuma syahmi confuse dengan operasi tambah tolak.. ya Allah... ibu sedih sgt...tension.. stress.. dok terfikir sorang2 dimana silapnya... cikgu BM, cikgu sharifah pon beri feedback yang sama.. kalau masih berterusan kemungkinan tahun 3 nanti syahmi akan turun ke kelas no 2, kata cikgu sharifah.. :(

bila muhasabah diri... baru terfikir.. kenapa expectation ibu ke atas syahmi terlalu tinggi? ibu harapkan syahmi berada di tempat 1 hingga 3 dalam class.. tapi, dalam class pertama... saingan sengit.. sebab dari penilaian ibu.. anak2 zaman millennium ni kebanyakan nya bijak2 belaka... bertanya lagi ibu dalam diri.. anak orang lain boleh.. kenapa anak aku tak boleh? menitis juga airmata.. mohon pertolongan dari Allah.. bantu macamana nak didik anak supaya menjadi cemerlang di dunia dan akhirat...
 
akhirnya... ibu didik hati supaya jangan menaruh harapan yang melambung tinggi.. kerana jika tidak tercapai pasti ibu juga yang stress.. ibu cuba belajar untuk guide syahmi dengan cara yang lebih lembut dan motherly... cuba elak dari berkasar dan menengking.. (walaupon agak payah).. bila ada kesempatan ibu akan nasihat secara lembut dan usap kepala syahmi... ibu tengok emosi syahmi lebih baik berbanding sebelum ini.. mohon sangat pada Allah supaya dapat membantu syahmi dengan lebih baik.. ibu dah cuba kot sedaya upaya ibu... ayah pon bantu pantau syahmi setiap hari... selebihnya kami tawakal..bada juga kawan2 ibu nasihat, jangan push sangat diri dan syahmi.. nanti ibu dan syahmi stress... beri masa untuk syahmi kerana syahmi baru 8 tahun..
 
antara tindakan ibu ayah...
*no TV pada hari persekolahan..
*kurangkan pocket money jika masih berlaku kejadian tidak buat homework supaya syahmi alert
dalam class
*involve dengan parents kawan2 syahmi untuk sentiasa update maklumat terkini, contohnya homework, sekolah ganti, sportsday dll
*mendapatkan bimbingan art class dan archery class untuk minda yg lebih focus
 
moga Allah sentiasa memberikan petunjuk ke jalan NYA... bantulah kami wahai Allah <3 p="">

4 comments:

Yong Is My Name said...

Dear MamaSyahmi,

Apa yang ky boleh kongsikan; semua anak berbeza-beza. Jangan terlampau mengongkong anak untuk mencapai apa yang kita hajati
Biar dia membesar dengan keadaan sebagai anak-anak.. Waktu tidak datang berkali-kali
Tapi kita sebagai ibu perlu focus, monitor dan creative.. dan yang paling utama Doa Doa dan berdoa kepada yg Maha Esa..
InsyaAllah..

Ms Pearl said...

babe ...aku lagi best tak tau pun Marissa belajar dah sampai chapter apa for every subject tau! ha kau! hihihihih seriously aku tak tau.....

harapkan homework je buat tiap tiap malam. dah tu je..

sabtu ahad lak memang busy bee gitew tau tau dah monday.

syahmi darjah dua ye babe? takpe...long way to go.....pelan pelan.....kayuh.............


Cho Zila said...

wow kagum akak weh.. memang besar harapan si ibu yerk.. akakni tak merancang lebih2 ... ikut kanjer.. cuma bagi galakan sikit2...

izz said...

thanks kak yong.. sedang betul kan tune .. hehehe

hanniii dear.. maybe its because PMB could coordinate herself.. syahmi still need my assistance huhu

kak cho.. mungkin anak perempuan lebih berdikari dan focus kot.. Kyra nampaknya lebih focus...