Sunday, February 23, 2014

redha

assalamualaikum...


hanya Allah yang mengetahui apa yg sedang dilalui dan bakal dilalui oleh insan.. aku tahu itu... dan REDHA adalah key word sebagai insan.. dengan keyword itu, insan tersebut akan berlapang dada dalam meneruskan perjalanan di alam yang fana ini. PUTUS ASA is a big NO... perkemaskan langkah dan hayunkan semula.. titipkan dalam hati untuk terus berada di jalan yang benar hingga ke nafas yang terakhir...

insan.. hanya mampu berdoa, usaha dan selebihnya tawakal.. serahkan segalanya kepada Maha Pencipta.. pahatkan dalam hati bahawa setiap musibah, masalah dan cubaan dalam hidup ini ada hikmah disebaliknya.. in sha Allah, hikmah yang baik untuk mendekatkan lagi jiwa dengan Maha Kuasa.. Allahuakbar! tiada Tuhan melainkan Allah... bantulah kami ya Allah.. jangan biarkan kami lalai dan tersasar jauh dari jalanMU...permudahkan segala urusan kami ya Allah..  aameen ya rabb!