Thursday, October 24, 2013

walnut for brain

salam alaik..
 
 
sebenarnya hajat dihati nak share tentang walnuts dan avocado... both are my favourite food.. tapi kali ni I share tentang walnuts dulu la ye... lepas I baca kat FB berkenaan makanan yang baik untuk kesihatan yang Allah kurniakan kepada kita seperti walnut untuk brain, carrot untuk mata dan beberapa lagi makanan yang menyerupai anggota badan manusia.. terus teruja nak belikan untuk family.. especially walnuts untuk kids... boleh letak dalam cereal..
 
beli kat jusco.. 1 bekas tu rm8.90... bawak balik rumah dan cuba beri kepada syahmi.. dalam hati dok berdoa moga si syahmi dan adik2 nya suka.. sebab walnut tak berapa lemak dan tak rasa sangat masinnya.. syukur Alhamdulillah my 3S suka walnut tu... I suka makan dengan kurma... :)

"Kacang walnut kaya dengan vitamin B6. la penting untuk pembentukan protein dalam tubuh badan, keseimbangan hormon dan fungsi-fungsi pelalian.Selain vitamin B6, walnut juga kaya dengan vitamin B1 yang juga dikenali sebagai thiamine dan juga asid folik. Vitamin jenis ini penting untuk menguatkan daya ingatan dan konsentrasi. Ia merupakan sumber makanan yang kaya dengan mangan yang penting untuk menguatkan saraf.
 
Anda tidak perlu risau kerana kandungan kalorinya lebih rendah daripada kacang pecan atau kacang macadamia. Kandungan lemaknya pula lebih rendah daripada kacang Brazil, tetapi kandungan proteinnya dua kali lebih tinggi.
 
Amalan memakan walnut enam kali seminggu boleh men­gurangkan risiko diserang sakit jantung, sekali gus meman­jangkan usia. Apakah rahsianya? Kacang walnut mengandu­ngi asid lemak mono tepu (monosaturated fatty acid) yang menurunkan paras kolesterol. Ia juga kaya dengan vitamin E, sejenis bahan antioksida yang melindungi jantung, sekali gus menghindarkan serangan sakit jantung.
Pada zaman dahulu, kacang walnut digunakan dalam perubatan tradisional oleh orang-orang Inggeris untuk mengubati kudis atau kulit yang melecet. Kaedahnya ialah dengan menumbuk kacang walnut hingga lumat kemudian campur dengan sedikit mentega lalu disapu ke bahagian yang berkudis sebanyak dua kali sehari. Lakukan selama empat hari dan kudisnya akan sembuh.
 
Selain berguna dan bermanfaat kepada beberapa penyakit walnut juga baik untuk menghindari penyakit barah, menurunkan paras darah tinggi, baik untuk golongan diabetes, melindungi arteri dan menguatkan tulang. Dalam walnut terkandung omega-3 yang boleh membantu menguatkan tulang. Selain itu bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan bolehlah makan walnut berbanding kekacang lain."
 
source : hazrie

No comments: