Monday, April 29, 2013

matlamat yang jelas...

salam alaik..
 
saja nak tepek gambo berkenaan minggu kempen sebelum PRU13.. i takdelah aktif sangat sebab masa yang terbatas.. weekdays kerja, weekends pulak busy dengan class.. tapi memang kalau ada masa terluang i akan cuba turun membantu jentera P119, Titiwangsa..
 
 matlamat i jelas.. i bukan lalang.. i masih yakin dengan kerajaan Barisan Nasional.. i ragu-ragu dengan Pakatan Rakyat... itu sahaja! kenapa i ragu-ragu? kerana terlalu banyak janji manis mereka yang tidak jelas, they are playing around the bush! they create issues... whatever it is solat hajat pon i dah buat dan so far, BN pilihanku. titik!
 
gambar di atas adalah i dan mak andak 3S... mak andak pon bersemangat.. i tak paksa okey! hehehe... so, automatik dia involve dengan Puteri UMNO Cawangan Ampang City di bawah jagaan i... sebab dia pon suka aktiviti cenggini selain dari kerja sekolah dia katanya..
 
 mak mah pon join ceramah semalam.. banyak juga nasihat mak mah kepada i.. Jazakallah mak mah.. moga Allah panjangkan umur mak mah.. aameen
 
 azza elite adalah selebriti jemputan semalam.. i ingat dia akan menyampaikan ceramah macam kawan elite nya si abby abadi, tetapi rupanya beliau dijemput kerana beliau juga pengundi si Titiwangsa.. alhamdulillah, tak silap i, azza telah berhijab secara konsisten juga.. sesungguhnya hidayah itu datangnya dari Allah jua..
 
 calon P119 Titiwangsa.. Datuk Johari Abdul Ghani.. so far, hampir setahun i terlibat dengan jentera Titiwangsa i tak nampak sikap Datuk yang memualkan seperti sesetengah YB... i salute Datuk Jo.. he's a hardworking man.. dia aktif memenangi hati rakyat.. insya Allah, jika nawaitu ikhlas Allah akan tolong... beliau adalah anak jati kampung Pandan.. kata beliau, beliau adalah anak setinggan yang tidak pernah membayar apa-apa yuran pengajian hingga ke London.. sehingga menjadi chartered accountant dan memiliki share beberapa public listed company.. Allahuakbar!
 
 time ni i bawak 3S jenjalan ke Jusco AU2.. on the way balik i singgah di khemah jentera PDM Keramat Seberang.. hehehe.. i bertugas di PDM ini pada PRU nanti.. moga pengalaman menjadi jentera Peti Daerah Mengundi akan menjadi kenangan manis demi berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negara..
 
syahmi dan syaqira pon semangat... yeahhh!!! insya Allah kita boleh menang PRU kali ni.. i seorang yang realistik, sentiasa redha dengan ketentuan NYA.. jika PR menang, i tetap redha.. kita sama-sama lihat apa akan jadi dengan negara Malaysia tercinta ini.. but, deep in my heart, LAIN KALI LAHHH untuk PR!! :D

4 comments:

Rosniena said...

iza nak join jugak!!

izz said...

boleh je.. ros kwsn seputeh kan?

Rosniena said...

xde kawasan..hehhe..org duk usj

izz said...

oho... huhuhu.. tkpe la.. janji kuar ngundi kann..