Sunday, September 11, 2011

alfatihah buat danish mikael..

salam 14 syawal 1432 H..





semalam 13 Syawal, aku dikejutkan dengan berita kehilangan salah seorang anak saudaraku danish mikael... innalillah.. danish adalah anak kepada adikku azmi (dikmie).. danish mikael dan daniel mikael adalah anak kembar dikmie.. lahir pada Januari 2010 diusia 5 bulan..




dikmie & his family.. dikmie,danish,daniel dan ika memangku balqis...





mmg jika dilihat fizikal kedua beradik kembar berkenaan ketika dilahirkan aku tk sangka mereka akan panjang umur sehingga semalam.. saiz sikembar semasa lahir amat kecil, setengah saiz botol kicap yg kecik tu... oleh kerana keadaan fizikal mereka kecil, doktor mmg menasihatkan mereka diberi susu ibu... kebetulan ketika itu aku masih breastfeed syabil izzriq yg lahir pd oktober 2009, dikmie sering berulang-alik mengambil bekalan breastmilk dariku.. secara tk langsung keduanya adalah anak susuan ku...





dikmie dan danish.. gambar aku ambil pada 3 syawal... ibu sayang danish mikael...

secara tak langsung aku terasa juga dgn pemergian danish.. namun, Allah Maha Mengetahui.. danish tidak senormal danial.. dia masih belum boleh berjalan dan penglihatan matanya juga kurang setelah menjalani beberapa proses laser untuk membuang selaput dimata.. sungguh pilu bila aku terpandang danish.. masih didalam walker walhal danial sudah melasak kesana kemari... sungguh aku tk boleh melihat danish kerana airmataku akan gugur dalam diam... terfikir sejenak masa depan danish kelak... namun, Allah lebih menyayangi danish...



Danial Mikael... dan syabil izzriq; seperti gambar di bawah ada sedikit persamaan dr segi rupa dan perangai lasaknya... hehehehe... saudara sesusuan...


kisahnya, danish tidak berapa sihat sejak awal syawal lagi... bila dikmie ke Kuching kerana menghadiri perlawanan bola sepak, ika yg menjaga 3 anaknya.. malam 12 syawal danish di serang semput yg agak teruk... sebelum ke tempat kerja, ika meletakkan sikembar dalam buaian masing2.. namun, apabila diangkat danish dr buaian, badannya sudah kebiru-biruan.. inilah versi cerita yang dikhabarkan kepadaku.. cerita yang sebenarnya, Allah sahaja yang tahu.. berbahagialah diaku di sana wahai anakku.. mungkin inilah yg terbaik untukmu sayang...

5 comments:

Cho Zila said...

semoga ayah dan ibunya menjadi ibu yang tabah dalam menghadapi dugaan hidup ini... anak saudara izza mesti terasakan...

SiTi said...

salam takziah....allah menyanyangi nya....

LizHairi said...

takziah izza :D

alfatihah utk allahyarham danish...

Ms Pearl said...

daripadanya kita datang kepadanya juga kita kembali. al-fatihah....

izz said...

thanks kak cho, siti, liz & hani..

moga danish lebih bahagia di sana...amin