Sunday, December 19, 2010

MATI

salam..

tetiba terasa nak buat en3 ni... entahla.. agaknya sbb asyik baca surat khabar yg kerap mengeluarkan berita bunuh, accident dan kematian mengejut... sadis sungguh bila baca... sedih bila baca gadis mati dilenyek lori.. sedih juga bila ibu mengandung 6 bln ditikam dan disimbah asid... sedih lagi bila baca bayi dibuang merata2 tempat... betapa dunia makin kucar-kacir..

end up bila sorang2 terkebil2 sebelum tidor sume perkara ni tergambar di depan mata.. bila tgok muka suami dan anak2 terfikir Allah pinjamkan mereka ni utk berapa lama agaknya... mcmana agaknya mereka diambil kembali olehNya.. aduhai... begitu juga diri ini.. sampai bila hayatku? macamana cara aku dipanggil kembali kepada yg Maha Pencipta..

orang kata elok kalo igtkan mati.. kita akan muhasabah diri.. ye.. mungkin betul.. kita akan cuba perbetul mana yg pincang.. saat itu aku akan kucup dahi org2 yang tersayang.. 4 org yg paling rapat dgn aku skarang... moga kami sentiasa berada di jalan Allah hingga akhir hayat... dan moga setiap musibah diterima dengan redha.. dan tabah.. amin..


ni ada sedikit info dari satu laman yg sempat ai copy paste...

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji
dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.

Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM

5 comments:

Tie-Ibu wawanisolehah said...

Iza masa Anis admitt baru ni Tie pun terfikir mcm mana kalo Allah ambik balik pemberiannya..Ya Allah cuma Allah saja yang tau mcm mana perasaan tu, tapi Alhamdulillah anis dah beransur baik.Terima kasih atas doa Izza yer

Nurul said...

Semoga hati kita sentiasa beingat tentang mati nih. Datangnya tanpa dijemput...

izz said...

tie : izza faham hati ibu.. kalo demam selsema pon kita sedih dan tk senang duduk ini kan pulak masuk wad... syukur anis dh sihat.. moga Allah pnjamkan suami dan anak2 kita seumur hidup kita..

nurul : tu la nurul... moga kita lebih dekat dgn Nya..

mummywildan said...

izza, kalau ko nak tau aku baru je kehilangan Arwah Ayah aku pada 10/11/10 yang lalu. Ayah aku meninggal akibat dr accident kt Kg Gelok. On the way nak balik Gerik dari Hosp Ipoh. skrg perasaan aku makin pulih. berbanding di awal pemergian Arwah aku rs mcm kebahagian aku kena rentap je. terkejut, sedih, kesepian, kerinduan semua ade le..rs lonely sgt. even aku ade Wildan dan Ayah nyer tp rs mcm hidup aku tk complete je. Now alhamdullilah...aku makin redha dgn pemergian dia. Moga roh Arwah Ayah aku di tempatkan di kalangan org yg beriman...Amin

izz said...

al-fatihah utk arwahnya... aku ada baca komen ella kt fb... tp mcm tk smpai hati nk tnya ko... tabahkan hati kita yer.. semua yg Dia pinjamkan temasuk kita pasti akan pergi juge ...