Sunday, November 14, 2010

pergi nya ATOK meninggalkan kami..

salam..
11hb November 2010 Allah telah menjemput atok: Ibrahim bin Hj Ismail pulang mengadapNya.. lebih kurang 3.30pm mak telefon kata atok jatuh dibilik air dan tak sedarkan diri.. tak lama kemudian adikku pulak telefon menyampaikan berita sedih atok telah pergi selamanya ... Innalillah..


syahmi dengan onyang...

arwah atok dan arwah opah telah membesarkan aku adik beradik sejak kecil lagi... jasa kedua2 nya amat besar.. arwah opah telah meninggal pada tahun 2003... sejak itu atok tinggal seorang dan kami selalu menjengok arwah dirumahnya.. atok ketika mudanya besar tinggi orangnya.. masa kecil atok amatlah garang dan jarang bercakap.. bila aku dh tamat spmv dan pulang semula ke kampung baru kami jadi rapat (aku mengikut mak bersekolah di kajang sejak form 1).. atok amatlah baik dan caring.. seorang yg taat agama.. seorang siak masjid dikampung ku..


atok yang gembira dikelilingi ahli keluarga..

2-3 bulan lalu bila aku balik dan bersembang dengan atok aku mula perasan atok dh mula ingat2 lupa.. kadang2 dia akan bertanya soalan yg pelik.. aku rasa sgt sedih masa tu.. sbb ianya adalah tanda2 akhir hayat seseorang.. tk lama lepas tu mak ada bertelefon beritahu atok tk mahu mandi.. lupa sembahyang dan makan pon tk sebanyak selalu.. aku hanya mampu berdoa semoga atok dipanjangkan umur lagi supaya dapat aku membalas jasanya..

gambar ini menunjukkan betapa atok gembira dikelilingi anak, cucu dan cicit2 nya.. atok amat penyayang... kali terakhir aku berjumpa atok adalah raya aidilfitri yang lalu.. sempat juga aku belanja atok makan mee rebus.. ketika itu atok nampak gembira.. namun hati tetap sayu bila atok melambai ketika aku bertolak pulang ke kl... rupanya itulah kali terakhir aku mencium tangan yang telah banyak berjasa dalam hidupku... moga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh atok..

6 comments:

SyahNas80 @ Nana said...

huhu sedihnya baca .. :(( hope akak sabar k.. semoga roh atok akak ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. al-fatihah untuk arwah atok akak..

izz said...

thanks nas..

Ms Pearl said...

innalillah....
semoga arwah ditempatkan bersama orang orang yang beriman....amin

izz said...

thanks hani...

LizHairi said...

takziah ja :-(

izz said...

tengkiu liz...