Sunday, September 28, 2014

SRI Al-Ummah


assalamualaikum..
 
pagi ni ibu nak share sikit berkenaan bakal sekolah syahmi dan syaqira tahun depan.. sebab-sebab yang ibu ayah pertimbangkan adalah;
 
1. tiada helper a.k.a bibik untuk bantu ibu ayah uruskan anak3 di rumah sejak sebulan yang lalu, jadinya perlu ada alternative lain..
 
2. ibu ayah mahukan sekolah satu sesi yang lengkap subjek kebangsaan dan agama.. tak perlu transit di nursery dan tukar baju untuk persediaan ke SRA selepas balik dari SKTM.. sian anak2 ibu ayah penat dan kelam kabut..
 
3. SRI Al-Ummah bermula jam 8.00 am dan berakhir 4.00 pm. jadinya pagi tu ibu atau ayah boleh hantar syahmi syaqira...serta syabil.. jadinya, lebih bonding anak beranak.. jarak rumah dan sekolah hanya 500m..
 
4. selepas sesi persekolahan at 4pm, ada class mengaji Al-Quran.. so, tak perlu nak mengaji lagi kalau balik ke rumah seperti sekarang. so, malam boleh la ke class tuisyen atau apa2 class yang berkenaan..
 
5. yuran yang dikenakan amatlah berpatutan.. bas sekolah juga disediakan..
 
yang penting syahmi syaqira dah setuju.. walaupon premis sekolah adalah bangunan rumah kedai.. tidak seperti SRI Al-Amin.. harapnya anak2 selesa untuk belajar.. kesian juga syahmi dah bertukar 3 sekolah.. doa ibu ayah moga sekolah ini adalah sekolah terbaik untuk syahmi dan syaqira.. bagi ibu ayah, pelajaran agama adalah lebih penting.. jika cemerlang agama, in shaa Allah yang lainnya akan cemerlang juga.. moga Allah permudahkan urusan kita semua.. aameen ya Rabb...
 
for more info, visit blog SRI Al-Ummah
 
 
 
posted from Bloggeroid

No comments: