salam alaik...
perut sedang kekenyangan. mata pon macam nk tertutup aje... hahahaha tp gagahkan diri buat quick entry pastu zasss ke surau... okeyla... saja nak update pasal lawatan tapak ke KLIA 2 yang dalam pembinaan.. macam lama je tak update pasal kerja..
cuaca adalah heavy jerebu.. huhu... runway dan bangunan terminal masih dalam progress.. cuma control tower dan bangunan administration sahaja yang telah siap dan akan diserahkan kepada client, DCA...
syukurlah sebab berpeluang memerhatikan secara dekat projek ini... ada 32 tingkat control tower ini... dan dikenalpasti control tower paling tinggi di Malaysia..
bilik untuk para pilot.... dulu ada juga berangan nak ada anak kerja sebagai pilot... hehehe... syahmi macam berminat, tapi biarlah dia yang decide dan usaha.. selebihnya serah kpd Yang Maha Kuasa...
penerangan oleh project manager, en azman....
pandangan dari atas tower, semua gate untuk berlepas di KLIA 2 adalah menerusi main terminal okey.. tak payah nk jalan dan panjat anak tangga macam di LCCT.... hehehe
LCCT akan ditutup untuk domestic flight nanti dan akan dijadikan pusat penerbangan cargo... semua penerbangan LCCT akan dipindahkan ke KLIA 2 once dah siap nanti...
level untuk kawalan penerbangan... macam dalam filem starwars pulop... :)
yang terlibat dalam lawatan.. yang pakai kot tu my boss... hehehe
lunch pada hari kejadian... alhamdulillah...
okeylah... ermmm tetiba rindu nak naik flight... isnin ni sepatutnya kena berlepas ke alor star untuk mesyuarat tapak hospital kangar.. tapi, i macam tak dapat nak join sebab ahad tu i bertolak balik dari kampung encik asben ke KL... mertua i buat kenduri untuk sambut puasa... makanya malas nak kelam kabut rush balik dan ke airport... my boss pon kata takpela tak join...
okeyla... take care friends... see u .!
No comments:
Post a Comment