Monday, May 6, 2013

GE 13

salam alaik..
 
fuhhh!!! penat dan debaran GE 13 masih terasa... Tahniah kepada Barisan Nasional (BN) kerana mempertahankan mandat dari rakyat.. syukur juga kerana Parlimen Titiwangsa telah dapat ditawan oleh BN.. pada GE 12, Titiwangsa adalah milik PAS... namun, di Parlimen lain di Kuala Lumpur banyak yang tewas kepada Majoriti DAP..
 
 Jadi, Kuala Lumpur telah menjadi negeri Pakatan Rakyat seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan... amat sengit keputusan GE 13 ini... ermmm so, bolehkah i dapat air percuma? ngeh ngeh ngeh.. Namun, PM Dato' Sri Najib perlu kerja kuat untuk membuat tambahbaik dan merealisasikan apa jua janji sebelum GE.. kami, jentera BN insya Allah akan membantu selagi terdaya...


PM sendiri semasa membuat ucapan ringkas setelah BN menang kelihatan sugul dan sedih dengan budaya pengundian masyarakat cina negara ini.. yes, di kawasan cina, undi DAP terutamanya amatlah tinggi majoritinya.. something need to be done... they spreading hatred towards BN goverment ke? i dont know.. but, of course we need to do something to figure it out... we love Malaysia, no matter what race you are..

Bak kata calon P119-Titiwangsa , Datuk Johari Abdul Ghani, beliau akan mula bekerja untuk GE 14 dari hari beliau menang di Parlimen Titiwangsa.. dan beliau akan melakukan sesuatu untuk memenangi kembali hati pengundi cina di Parlimen Titiwangsa..
 
inilah wakil rakyat Titiwangsa sekarang, Datuk Johari Abdul Ghani.. so far, takde lagi apa2 perkara yang membuatkan i ragu2 untuk mengundi beliau.. i bertugas sebagai ejen pengiraan undi atau counting agent  pada GE 13 ini.. errmmm nantilah i ceritakan pengalaman i ye... take care u alls :)

No comments: