Sunday, April 21, 2013

why BN?

salam...
 
senario politik makin panas dan makin memualkan.. tak kira dari pembangkang mahu pon kerajaan sendiri. sama je! titik! semalam perasaan mual itu telah sampai ke kemuncaknya. mungkin kalau i tak 'friend' atau 'like' page atau wall yang related dengan politik perasaan mual tersebut tidak muncul. i kononnya ingin cari kebenaran. siapa yang benar, siapa yang salah. i ada 'like' dan 'friend' dgn media pembangkang dan juga kerajaan.. .. as i observed, at the end, SAMA SAHAJA!
 
masing-masing mahu berkuasa dan apa cara pon halal belaka. im sick! really sick! so, malam tadi sebelum tidur, i berazam nak 'unfriend' atau 'unlike' page atau wall yang buat i mual... kawan2 yang buat i mual pon akan i 'restricted' sebentar sampai reda semua ini... (atau ia tak akan reda hingga negara ini bergolak?)
 
memang i akan vote BN. no doubt! why? sebab i still berpendapat BN still relevan nak memerintah.. i masih ragu2 PR boleh memerintah atau tidak... bila i tanya kawan-kawan PAS, jika PR menang, siapa u all pilih sebagai PM... masing2 tiada jawapan. mereka sebenarnya tidak mahu anwar sebagai PM.. begitu juga dari parti DAP. ermmmm so how?? jika menang, what will happen to Malaysia for the first two-three month eh? tercapaikah kesepakatan dalam PR?
 
i pernah jelaskan, hati i memang dekat dgn PAS, sebab konon PAS perjuangkan islam. dulu PAS tak mahu sekongkol dgn kafir katanya. (i tak tahulah kalau ini fakta mainan media). dan menuduh BN sebagai kafir (pon i tak tahu samada ini benar keluar dari mulut pemimpin PAS berkenaan). dan pada PRU 12, PAS bekerjasama pula dengan DAP dan PKR... dan menggunakan terms 'tahaluf siyasi',
 
"Tahaluf siasi bermaksud 'kerjasama politik' di mana organisasi Islam memilih untuk bekerjasama dengan organisasi lain untuk membina sebuah kerajaan. Idea Tahaluf Siasi dikemukakan oleh Sayyid Muhammad Rashid Ridha yang mengeluarkan kaedah tahalluf siasi: " Kita bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati dan berselisih dalam hal-hal yang tidak disepakati." Idea ini kemudian dijadikan suatu strategi oleh Al-Imam Hasan al-Banna dalam mengembangkan dakwah Ikhwan Muslimin di Mesir...."source
 
okey.. jika benar dan ikhlas, insya Allah boleh berjaya.. i pon akan sokong jika perkara ini memberi manfaat kepada rakyat.. namun, kalau tidak berjaya bagaimana? isu kalimah Allah umpamanya... mengapa boleh timbul perkara berkenaan? azan yang tidak wajib dilaungkan? dan macam2 lagi isu.. (of course dimanipulasikan oleh pihak lawan)..
 
video lucah juga berleluasa... macam2 hal dan kebanyakannya melibatkan pemimpin PR... ada juga untuk pemimpin BN.. sama sahaja! tapi, perkara utama yang i nak pertikaikan, jika benar video itu, berkualitikan pemimpin negara kita? kenapa hanya pertikaikan org yang terlibat dalam pembikinan video dan bukannya si pelaku? si pelaku yang mengakui perjuangkan islam pulak tu? ish3.. keliru i... moga Allah beri petunjuk NYA... ( i ada juga buat solat hajat dan ishtikarah untuk meredakan keadaan diri sendiri.. dan minta petunjuk dari NYA mana yang patut i pangkah..)
 
media arus perdana pon sama sahaja... masing2 menceritakan buruk pihak lawan.. tak kira dari PR mahupun BN.. begitu juga dgn buletin atau berita di televisyen... i baca semua jenis surat khabar. samada suara keadilan, harakah, utusan, berita harian dll... i nak kan fakta dan bukti.. bukan hearsay sahaja... dan isi nya sama sahaja! kau kata aku, aku kata kau!!! fitnah pon sama sahaja... ada bukti ke? semua pakai fakta yang diragui... aduhai....
 
rasuah.. nak kata BN sahaja yang terlibat? tak kot... dengarnya tender pasang langsir oleh kerajaan pembangkang pon dimonopoli oleh isteri orang kuat pembangkang.. itu baru tender langsir... sendiri mahu ingat.. kita sebagai rakyat biasa pon, kalau ada peluang kerja dalam syarikat yang kita kerja, kita pon utamakan orang yang kita kenali untuk diambil bekerja kan? contohnya, ada kekosongan jawatan kerani, kita minta adik kita isi borang dan attach kan resume... dan kita pon akan minta boss kita beri 'peluang yang lebih baik' kepada adik kita dari calon yang lain kan? itu pon dah kira ala2 kronisme tak? huhu...  sama sahaja kot!!!
 
cukuplah sampai sini i luahkan apa yang terbuku dalam hati. nanti i sambung part II pulak. siapa yang tak mahu baca, tak payah lah baca. ini sekadar melepaskan apa yang terbuku dalam hati. i pegang satu je, memang kerajaan sekarang tidaklah sempurna, namun, i percaya masih relevan dan mohon Allah bantu kita semua untuk berada di jalan NYA...
 
ermmm siapa yang tak suka dengan post ni, tak payah lah nak komen kutuk2.. ini hanya my point of view, my blog dan juga untuk i review sendiri di masa akan datang.. mmg luahan hati sungguh sehingga i takde selera nak tepek apa2 gambar.. nanti dah settle kerja, i akan sambung lagi.. banyak lagi dalam hati ni untuk diluahkan... okeylah.. salam alaik...

No comments: