salam alaik..
BAGAIMANA MELAHIRKAN ANAK SOLEH?
Anak-anak kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat. Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita.

Sabda Rasulullah s.a.w. (bermaksud);
“Apabila matinya seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali dari tiga
perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang
soleh yang mendoakan untuknya” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah
r.a.).
Setiap dari kita wajib menjaga dan mendidik anak-anak kita supaya menjadi anak yang soleh. Anak kita adalah tanggungjawab kita. Anak-anak bukan sekadar anugerah Allah kepada kita, tetapi yang lebih besar dari itu mereka merupakan amanah yang dipikulkan Allah ke atas bahu kita. Allah ingin menguji kita; adakah kita bersungguh-sungguh menjaga dan mendidik mereka atau tidak?
“Ketahuilah bahawa harta-benda kamu dan anak-anak kamu adalah ujian (bagi kamu) dan sesungguhnya Allah di sisiNya pahala yang besar” (Surah al-Anfal, ayat 27-28)

Apa makna anak soleh?
Anak yang soleh bukan sahaja anak yang bersopan-santun dan taat kepada ibu-bapa sebagaimana yang disangka oleh kebanyakan kita, tetapi yang lebih utama dari itu ialah anak yang menjaga agamanya. Anak yang soleh ialah anak yang ta’at kepada Allah, yang tahu kewajipannya sebagai hamba Allah dan tahu tanggungjawabnya kepada agamanya. Apabila seorang anak dididik dengan taat kepada Allah dan patuh kepada suruhan agama, Insya’Allah anak itu secara otomatik akan taat kepada ibu-bapanya dan akan menjaga akhlaknya di mana-mana sahaja ia berada.
Bagaimana mendidik anak menjadi soleh?
Tidak ada cara mendidik anak yang paling baik dan paling berkesan melainkan dengan cara didikan Islam. Langkah pertama ke arah didikan anak yang sempurna ialah keazaman ibu-bapa itu sendiri untuk kembali menghayati Islam dan menghidupkan Biah Islamiyyah (yakni suasana keislaman) di dalam keluarga dan rumah. Hanya anak yang hidup di dalam suasana keislaman yang dapat menghayati Islam dan seterusnya berjaya dibentuk menjadi anak yang soleh.
“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang akan menjadikan kamu hidup sempurna”. (al-Anfal: 24)

10 langkah praktik untuk melahirkan anak soleh
1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah

2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain
3. Bekalkan ilmu
agama yang secukupnya kepada anak-anak kita
4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman).
Antara perkara yang dapat kita lakukan
untuk tujuan tersebut ialah;
a) Selalu membaca al-Quran di rumah
b) Membiasakan solat-solat sunat di rumah
c) Hidupkan budaya memberi salam
d) Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.

5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau
6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita
7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.
9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh
10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita
insya Allah, ibu ayah cuba sedaya mungkin mengikut nasihat di atas. (source... jazakallah ustaz).. ibu ayah pon sedang perbaiki diri.. dan tidak akan berhenti untuk cuba dan usaha, insya Allah. moga anak2 ibu terutama aulad dua org ni berjaya di dunia dan akhirat.. bantulah kami, ya Allah.. permudahkanlah urusan kami.. jadikanlah kami hamba Mu yang teguh dan taat mendirikan solat...
ps: rindu kat sally the cat tu. insya Allah ahad ni lps abis class boleh la bawak 3s ke kajang untuk berjumpa dengan sally. :)
2 comments:
akakpun berusaha keras untuk menjadi teladan pada mereka...samalah kita membentuk keluarga bahagia...
insya Allah cho.. :) aameenn
Post a Comment