salam alaik..
negara ini masih dibelenggu oleh perang siber.. fitnah memfitnah, kata mengata dan macam2 lagi.. menjatuhkan satu sama lain yang kebanyakannya dengan cara yang kotor dan jijik... saya betul2 rimas dan jelak.. serius!
bagi saya yang lemah, mendoakan lebih baik dari menghina. yang mengadu domba dan memfitnah serta mereka cerita, saya doakan mereka medapat hidayah dan petunjuk untuk berhenti berbuat demikian. hisab oleh Allah di alam 'sana' akan berlaku dengan adil. sebesar zarah pon akan dihitung. (peringatan untuk diri sendiri paling utama)
ye.. memang saya menyokong kerajaan yang ada sekarang.. saya masih yakin BN boleh melakukan beberapa penambahbaikan.. secara jujur, saya berpendapat jika pimpinan negara kembali kepada jalan NYA, insya Allah, perlahan-lahan semuanya akan lancar... noted, saya tak suka dengan mereka yang warak tetapi berkata yang tidak-tidak kepada yang belum mendapat petunjuk sepenuhnya dari Allah.. tidak boleh kah mendoakan dan menegur secara hikmah?
ermmmm... secara jujur, saya juga tidaklah suka sangat dengan Datin Rosmah Mansor... namun, saya percaya, beliau juga perlu di beri peluang untuk berubah, manusia itu kan lemah.. saya tak pasti samada berita-berita yang menjatuhkan beliau benar atau palsu.. tetapi saya tetap tidak suka akan berita yang samar-samar kebenarannya. tak kiralah dari pihak pembangkang atau kerajaan..
sebagai wanita pertama Malaysia, saya berpendapat beliau perlu menunjukkan ciri-ciri wanita muslim yang baik.. ini negara Islam.. saya kagum dengan Tuanku Permaisuri Zahirah.. walaupun masih tidak sempurna menutup aurat, beliau telah memberi inspirasi secara tidak langsung kepada rakyat jelata..kerana beliau merupakan idola kepada masyarakat.. mari kita doakan Datin Rosmah Mansor dibukakan pintu hati oleh Allah untuk menutup aurat dan menjadi muslimah yang lebih baik.. insya Allah.. bukanlah saya mahu mendabik dada mengatakan saya lebih bagus. Demi Allah! tidak sekali-kali terlintas.. saya hormat beliau.. bukankah mendoakan itu lebih baik.. mana tahu, Yang Maha Penyayang mendengar doa kita dan memakbulkan doa kita.. Allah Maha Mendengar...
rumours juga mengatakan Tun Dr. Siti Hasmah, isteri mantan Perdana Menteri yang saya kasihi, Ayahanda Tun Mahathir Mohamad memakai rambut palsu.. dan pihak lawan mendakwa beliau ada berberapa tong koleksi rambut palsu.. juga, saya tidak pasti kesahihan nya. apa yang saya mahu lakukan ialah, mendoakan Tun Siti dapat menutup auratnya.. ikhlas dari hati yang paling dalam... jika ini terjadi saya akan lakukan sujud syukur... T_T... benar, ikhlas kerana Allah.. ..
saya sayangkan umat islam seluruh dunia.. dan memohon semoga mereka yang belum mendapat hidayah Islam dan Iman, diberikan oleh Allah nikmat itu.. marilah kita gunakan senjata ampuh kita iaitu DOA.
ps : maaf, saya tiada niat untuk membuatkan entry ini seakan-akan 'poyo' atau menunjukkan saya bagus. Demi Allah, entry ini adalah cetusan ikhlas dari hati saya... wallahualam..
2 comments:
Izza,
kewujudan cyber yang dahsyat menyebakan fitnah yang terjadi makin dahsyat!
betul kak yong... veteran umno pon kata cenggitu... dah muak jelak baca komen2 politik kat FB
Post a Comment