salam..
pagi ni i is sentimental sedikit... hmmm sejak mak andak 3s stay dgn i... mmg tiap pagi i akan keluar dari rumah seawal jam 7 pagi... lepas hantar mak andak yang perlu berada di sekolah sebelum 7.15, i pon berdesup ke office...satu jalan di jalan u-thant, di kawasan kuarters kerajaan akan i lewati untuk mengelakkan traffic jam... walaupun jalan yang sungguh hijau di kiri kanan teresebut hanyalah sepanjang 10 meter sahaja, tetaplah ianya membuatkan hati ini damai.. dahlah hijau kiri kanan, pastu siap ada bunyi unggas hutan... bila lewati jalan tu i akan bukak tingkap luas2.. kenangan di kampung halaman menerpa jiwa... asyikkkk sgt... subhanallah..
cengginilah lebih kurang jalan yg i mentioned tu... tp adalah terselit dua tiga bijik bungalow kuarters kerajaan tu... sungguh damai... tak sempat nk snap gambar sbb of course time tu rush nak gi kerja.. kereta pon makin banyak di jalanraya :)
sambil drive pagi ni, i dok berkhayal.. teringat saat manis bergelar gadis sunti di kampung halaman.. time 80an lebih kurang ginilah bukit di belakang rumah opah atuk.. ada bekas sawah tempat kerbau berkubang... sekarang, bukit tu dah di tarah, highway kuala kangsar-grik telah dibina untuk memenuhi tuntutan semasa.. org kampung yang dahulunya hanya berbasikal, rata-rata telah berkereta, termasuklah emak i, yang telah memiliki kereta kancil untuk kemudahan emak berniaga... bertapa Malaysia telah maju ke hadapan dalam 20 tahun ini...
zaman 80an, kalo pagi, mmg berkabus, sejuk.. nyaman.. kicauan burung.. sungai mengalir damai... ermmm... sekarang, bila dah beranak tiga, suasana begitu tidaklah dapat anak3 i nikmati, sungai dpn rumah opah atok sekarang telah diperbesarkan, air nya cetek, suasana pagi masih lagi nyaman tetapi tidaklah seperti zaman i dulu, embun pon kita boleh nampak di hujung daun..
a'ah macam ni lah rope sungai di zaman kanak2 i... berudu pon boleh nampak time tengah mencangkung buang 'hajat' di sungai hehehe... sorry, zaman tu tandas masih belum digunakan secara total di setiap rumah... aduhai.. rindu saat itu..
paling dirindui adalah belai kasih mesra arwah opah dan atok... dari umur 5 tahun, emak telah menghantar i untuk tinggal dengan opah dan atok. manakala emak dan ayah tinggal di kuala lumpur mencari rezeki.. hanya pada tahun 2000 ayah dan emak kembali menetap di kampung.. al-fatihah untuk arwah opah dan atok yang paling i sayang.. jazakallah.. jasa opah dan atok hanya Allah sahaja mampu balas... moga bahagia di alam sana keduanya..
inilah keadaan rumah kampung opah dan atok dari luar.. aman damai... gambar ini diambil pada tahun 1998.. bergambar bersama rakan sekuliah... june dan zura... umur ketika ini adalah 19 tahun.. sekarang, rumah itu tidak terjaga.. kerana emak pon dah membina rumahnya sendiri di belakang rumah pusaka opah atok.. sangat uzur rumah ini sekarang.. kenangan yang berlalu bersama masa... terima kasih Allah kerana memberi diri ini peluang melalui saat manis itu..
bestnya kalau ada gambar kenangan mandi sungai dgn rakan2 sepermainan, gambar bermain di padang ragut rumput, gambar dalam kebun getah, gambar menghayati pemandangan kerbau berkubang, gambar lepak-lepak dgn geng sekampung... masa senggang petang, kami habiskan dengan bersembang di bawah pokok kelapa di tepi padang. oh indahnya! kenangan yang tak akan luput hingga akhir hayat.. syukur alhamdulillah dgn nikmat Allah...
6 comments:
seronok sebenarnya duk kat kg ni kan...
cantiknya rumah arwah opah tu izza..
kat jalan uthant memang best!
dulu2 lagi best masa x de kuarters yang baru ni..
memang seronok dok kampung. Sayangnya rumah lama tak berjaga. Apa kata bangunkan balik rumah tuh. Boleh jadi tempat berkumpul...
riedaffya .. a'ah sgt seronok dan aman damai
k yong.. kan ka yong.. sejuk dan tenang je...
nurul.. buat masa sekarang mmg adik yg nonor 5 tu duduk dgn family dia tp jrg juga balik ke situ sbb umah mertua dia dok kt area kampung tu jugak.. x sama org jaga rumah sndiri dgn rumah yg ditumpang kan.. :(
akaknyer kampung tak banyak berubah.. cantik yerk gambar no 1tu...
yeke kak cho.. sonok yek... hehehe tu i google je kak..
Post a Comment